Pakej Pengantin untuk Baju Nikah

by - January 25, 2010

Weekend lepas, hidup aku memang boring tahap cipan. Asalnya hari Sabtu tu aku dan tunang ingatkan nak cari baju nikah. So, kami survey kat area Jalan Tar & Masjid India. Punyelah round satu bandar, sume aku dah masuk, Jakel, Euro Moda, Gulati's, Nagoya, Cosmic Silk & ntah mana2 lagi. Sebab banyak sangat, aku jadik pening lalat (walaupun aku manusia).

Masa tu aku dah start tension. Stressku bertambah kalau berjalan tengah panas lagi-lagi kat tengah bandar KL ni. So, aku takleh berfikir dengan jelas & lastly aku x jadi beli and yang bestnya, aku siap marah-marah tunang aku lagi (kesian die..hehe). Memang salah aku pun. Yang paling ketara marah aku, kenapa semua barang kat Malaysia ni mahal2? Kecuali kalau bakal suami aku Dato' dan sponsor dari A sampai Z.

Standard sekarang ni, kalau untuk majlis akad nikah, antara dua jenis kain je yang orang guna, antara Chiffon atau Lace. Dulu-dulu, memang ramai yang guna Lace sebab orang suka ada banyak beading & berkilau-kilauan (chewah, boleh pantulkan cahaya lampu lagi...hehe) tp skrg org kat kedai tu cakap orang prefer guna Chiffon sebab kain die lembut and lepas ni boleh guna lagi dan lagi.

Aku nak state kat cni majority harga yang aku dah survey. Kalau yang cikai punya, harga untuk pakej pengantin dari RM120 ke RM250 (Lace). Harga standard untuk design cantik sikit bermula dari RM 650 onwards (Lace). Kalau untuk Chiffon pulak, dari RM400 ke RM500, dan aku akan dapat 4m Chiffon with full lining dan 1 pair Baju Melayu untuk tunang aku. So, aku kena spend around RM250 and tunang aku RM250 (untuk yang belum berjahit).

Nak banding dengan kain yang kat Bandung, 1 pasang baju pengantin siap Beading (Lace), lining, dan jahit tangan siap around RM50. Aku check price kat Malaysia, yang dah siap beading, sama kualiti dengan yang kat Bandung, RM500 - RM1800 untuk sewa sahaja. Oleh sebab mak aku dan tunang aku sependapat, mengatakan pergi Bandung untuk beli barang-barang kahwin akan merugikan masyarakat dan duit aku, so, aku terpaksa tahan nafas beli kat Malaysia sahaja.

Kalau ikutkan, bajet gi Bandung setakat RM500 sahaja (penginapan dan penerbangan pergi-balik) namun disebabkan mak aku & tunang aku x pernah pergi sana, so, mereka ternyata tidak faham perbezaan harga walaupun aku dh habis volume terangkan kat mereka. Summary die... tension jugak aku nak perabihkan duit kat malaysia ni semata-mata untuk kahwin. Boleh tak kalu aku biarkan saja masa berlalu dan aku tengok apa akan jadi kalau aku buat dek & bodo je. Malas nak plan & beli barang awal. Postpone pun aku dh tak kisah...


Ini comforter aku. Time boring aku suke tdo ngn bende ni.



Ni kipas kat umah aku. Semalam (Ahad), aku pusing suis sampai maks sbb panas.



You May Also Like

2 comments

  1. humm...sy sgt setuju dgn kata2 u tu. Kita senasibla..tapi i dah beli dah pun, baju kainchiffon + free baju laki kat area2 tu la kat MAYA SILK, totla RM 700..hum memg mahal kat malaysia ni. apepun terpaksa beli jugak sbb benda nk pakai..

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.