Makcik Sengal

by - January 25, 2010

Pagi ni aku tetiba rasa cm terbakar kena simbah dengan minyak panas… rileks… ni bukan sebab aku goreng keropok ikan tamban tadi, tapi sebab aku menahan sabar dengan perangai member opis aku yang memang **tut**. Aku dan kawan aku gelar dia “akak sengal” sebab dia memang dah baya makcik tp perangai memang sengal gak la. Walaupun dia adakalanya baik tp perangai sengal dia tu yang mengalahkan semua kebaikan yang dia ada.

So, aku terpaksa menahan jelah sebab memang hari-hari aku duk sebelah dia. Mau tak mau, aku kena buat baik dan senyum sedekah je kat dia. Ntah apa yang x kena dengan dia ni. Memang dari hari first aku masuk lagi, dia slalu puji2 bangat apa yang aku buat, kadang-kadang tu aku berfikiran jahat dan rasa yang dia ni memang suka kipas orang atas (dah aku memang penyelia dia pon). So, aku buat bodo dan dono saja. Tp yang kurang asemnya, tadi dia sindir aku ”tau ler aku ni x pandai bahasa inggeris” hanya disebabkan aku remind dia pasal e-mel jabatan IT dalam english yang sistem down sampai esok petang. Tapi dia still sibuk-sibuk nak chase staf kat cawangan-cawangan kami untuk kes-kes yang pending padahal dah banyak kali aku mintak dia baca baik punye. So, tulah asalnya dia sindir sinis kat aku. Lainkali, memang aku dah malas nak layan sangat dia ni. Tapi takut gak kalau bos aku pulak ingat aku tak pandai jaga staf bawah aku. Dilema sungguh...




You May Also Like

1 comments

  1. Hahaha...
    memang susah nak dibaik pulih makcik tu..
    redha je la..
    kita kerja kena jujur..
    niat kerana Allah..
    uhuk uhuk..
    hehehe..

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.