Hari Selasa Yang Penuh Berkat

by - January 26, 2010

Harini semuanya dah back to normal, termasuklah hubungan dua hala aku dengan makcik sengal kat opis aku. Aku ni boleh dikatakan jenis yang hiperaktif dari kecik lagi so, minda dan otak aku selalu je tak bagi aku rehat. Kejap fikir itu, kejap fikir ini. So, tetiba je aku bawak banyak barang ke opis. Kekununnya aku ni busy sangat dan banyak bende aku leh setel dlm masa sehari. hehe...

Dalam ligat berfikir tu, aku dh advance sangat sampai dah plan nak buat apa hujung minggu ni. Cuti untuk tahun 2010 ni boleh dikatakan banyak gak la banding tahun lepas sbb tambah Thaipusam sehari. Dan hari Isnin akan datang ni pulak Hari Wilayah Persekutuan (Federal Territory Day). Aku imagine yang sepatutnya orang-orang KL tidak membenarkan orang negeri lain masuk KL untuk membeli-belah dan jalan-jalan pada hari tersebut (Kan ke bagus? Ni baru ide sebenar "territory" atau "boundary setting").

Hmm...nanti aku nak kena rancang baik punye sbb tunang aku kena balik Ipoh, kena attend majlis kahwin sepupu dia. Tinggal aku sorang2 kat sini tanpa rancangan dating dan sebagainya untuk cuti selama 3 hari ni. Agak-agaknya mana aku nak pegi ye? dilema lagi...




You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.