Beralih kepada Google Chrome?

by - December 31, 2009



GOOGLE CHROME installation
Laptop yang aku guna bukanlah baru sangat, aku beli tahun 2005 lagi. Masa tu aku ingat nak sangat sambung belajar. So, aku prepare la mana-mana yang patut sebab aku tahu kalau sambung belajar, benda pertama yang aku kena ada ialah personal computer.

Masalah dengan komputer lama adalah kelembapannya yang kadang-kadang boleh dikatakan menggugat kesabaranku sebagai seorang manusia. Dengan kelajuan RAM pada hanya 256, setiap kali aku buka laptop ni, sambil-sambil tunggu internet browser fully uploaded, aku sempat mandi dan kemas rumah. Apatah lagi kalau aku buka website-website seperti blogger.com ke, msn ke... Ada masa tu aku siap boleh lipat baju dan tengok tv pula.

Time aku bosan kat opis, aku terbaca komen dari member aku kat Facebook pasal Google Chrome. Baru jap tadi aku try install Google Chrome ni. Memang member aku tu bercakap benar rupanya. Google Chrome ni memang teknologi yang ternyata tidak menyusahkan manusia. Yang aku paling bersyukur sebab time nak upload tu lagi cepat. Kalau guna Mozilla atau Internet Explorer cam yang aku selalu pakai tu, gamaknya nak update post ni pun ambik masa 3-4 jam.

Oleh yang demikian (hehe)... beralihlah kepada Google Chrome untuk pengalaman melayari internet dengan lebih pantas ;) Sila guna link yang aku cite kat bawah ni ya...

Reference:
[1] http://www.google.com/chrome




You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.