♣...` Kerana Aku Manusia ~ ☼

by - February 25, 2010

Bila bosan menyapa,
fikiran tidak menentu,
resah melanda,
aku terfikir,
positif ada, negatif ada
belum pernah aku rasa sebegini,
namun sebenarnya aku pernah,
tiada titik noktahnya,
untuk perasaan ini,
kerana kita manusia,
dan bukan makhluk lain,
aku juga tertanya,
bagaimana bolehku melupakan,
pelbagai masalah hidup,
yang pastinya datang bergilir,
kalau bukan hari ini,
sudah pasti esok bersua,
aku teringin,
melupakan semuanya,
kembali menjadi aku,
yang lahiriahnya kosong,
dari adunan dunia dan isinya,
aku mahu meninggalkan semua,
dia dan semalam,
apa sahaja dan di mana sahaja,
mungkin tidak kesampaian,
kerana aku masih manusia,
atau aku boleh jadi orang lain,
yang lebih beruntung,
kebal dari sengsara,
hilang dari hina dan fitnah,
tidak tampak zahirnya,
mindanya bersih dan berbeza dariku,
seorang manusia biasa,
mampukah aku menjanjikan diri,
sesuatu yang tidak logik,
yang hanya fantasi,
dan melakukan yang terbaik,
bukan untuk diri,
tetapi untuk manusia lain,
yang pandai berjanji seperti juga aku,
dan belum pasti janji itu ditepati,
seperti yang aku impikan,
sejak kecil,
sepertinya cerita pari-pari,
yang janjinya indah,
dan pastinya menjadi realiti,
namun itu hanya cerita,
yang ditulis oleh seorang manusia,
seperti juga aku,
yang bermasalah dengan hidup,
sehingga ke bila-bila.



You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.