Baju Nikah Hadiah Daripada Kakak

by - February 22, 2010

Minggu lepas, aku ada chit-chat dengan kakak no.2 - almaklumlah dah lama tak bertanya khabar. Dia memang seorang yang understanding terutama beberapa bulan menjelang hari perkahwinan aku. Aku ada bgtau keluarga yang aku sendiri tidak pasti bila tarikh pernikahan kerana dalam zaman ekonomi gawat ni, semua perkara pun memerlukan duit. Oleh itu, perkahwinan bukanlah keutamaan aku buat masa ini.

Namun begitu, keluarga aku memang bersungguh-sungguh nak tengok aku kawin. Yelah, memandangkan tahun ini, Ogos dengan tepatnya, genap umur aku 28 tahun. Zaman sekarang ni, kawin umur 28 tu biasa tp zaman dulu orang dah kira mcam anak dara tua.

Masa aku syok borak, kakak pn cakap "takpelah, nanti akak bagi kain Chiffon untuk ko."

Aku pun apa lagi, "Untuk buat baju nikah ke?"

"Tak kisah la nak buat untuk apa, saja aku nak bagi hadiah"

Tup-tup, hari jumaat petang tu, aku dapat kain Chiffon percuma siap dengan alas. Dia pas kat kawan aku yang keje sepejabat dengan dia. Sayang jugak dia kat aku rupanya.

Balik je dari opis, gembira tak kepalang aku tengok kain tu - elok sangat-sangat untuk buat baju nikah aku. Tunang aku bukan main jeles sebab aku dapat kain percuma dan dia pulak kena beli. Jimat RM250 aku. hehe~










You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.