Wajarkah Kentut Di Dalam Lif...?

by - December 17, 2010

Masyuk betul tajuk kali ini. Jangan panik dan salah sangka sebab bukan aku yang buat perkara tidak senonoh ni. Sebelum segmen dimulakan, sudilah aku menceritakan sedikit sebanyak mengenai tempat aku bekerja. Pejabat aku terletak di tingkat 17 sebuah menara yang mempunyai 26 tingkat. Oleh itu, staf syarikat aku perlu turun ke tingkat 8 untuk menunaikan solat di surau. Beberapa hari lepas, berlaku perkara yang tidak ku jangka.

Pada waktu tu, aku girang hati kerana separuh kerjaku untuk hari itu sudah hampir selesai. Aku menekan butang lif ke tingkat 8 untuk melaksanakan tanggungjawab terutama iaitu solat Zuhur. Pada mulanya hanya 3 - 4 orang berada di dalam lif tersebut. Dalam perjalanan ke tingkat 8 tu, ramai pula yang ikut berhimpit. Tiba di tingkat 12, seorang pekerja lelaki separuh umur dan berkot masuk. Lagaknya seperti bos atau paling kurang pun eksekutif tahap tinggi. Tiba-tiba ada satu bau yang kurang enak...

"Say, what's that funny smell?"
Bright, Steve, Catalog Reference: sbrn14

"OMG, bau kentut...." dalam hati aku.

"Cepatlah sampai tingkat 8!!!" bisikku lagi.

Bau kentut bukan biasa pulak tu. Aku siap nak termuntah lagi. Bagaimana aku pasti dialah orangnya? Ya, aku memang pasti kerana aku berada di belakangnya (T_T). Aku yakin penghuni lif yang lain pun tidak menyangka orang bergaya pun boleh berlaku tidak senonoh dan tidak bertimbang rasa terhadap orang lain. Pada firasat aku, memandangkan staf berkenaan berbadan gempal dan sedikit gendut, mungkin disebabkan sistem pencernaan yang tidak baik, kawalan kentutnya pun kurang.

Kalau ya pun, sabar le... paling tidak pun, silalah beredar ke lif lain. Di menara itu sahaja ada 6 lif yang berlainan. Ditambah pula dengan mukanya yang tidak bersalah dan sedikit tersenyum menggambarkan betapa leganya dia melepaskan bom di dalam lif. Sungguh tidak bernasib baik, hari itu aku tidak lalu makan sepulangnya aku dari kerja...

Timbul persoalan, wajarkah anda kentut di dalam lif bila ramai orang ada bersama? Bagiku, amatlah tidak wajar kerana ini boleh dikira sebagai mengganggu ketenteraman orang lain. Selain itu, harus menjaga kesihatan diri supaya perut tidak kembung seperti mengambil vitamin/ makanan tambahan untuk memperbaiki kesihatan diri sendiri dan... tidak menyusahkan orang lain yang tidak kita kenali.



p/s: Merah padam muka aku menutup hidung.....lol

You May Also Like

1 comments

  1. that's very funny..it's not worth it, that guy must do it in da LRT..kah kah!! nice post..it's really happening..i'd ever do it too...

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.