Berminat Mengikuti Kelas Kecantikan?

by - December 05, 2010

Ikuti kelas kecantikan Artistry pada nilai hebat iaitu RM900 sahaja termasuk kelas solekan. Bayaran deposit sebanyak RM200 boleh dibuat kepada saya untuk ‘booking’ dan baki selebihnya iaitu RM700 boleh dibayar secara ansuran kepada pusat pembelajaran tersebut.

Pusat pembelajaran terletak di Bandar Baru Klang. Kelas biasanya dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu. Kekerapan kelas bergantung pada tenaga pengajar. Kebiasaannya, kelas dijalankan 2 minggu sekali. Sekiranya terdapat cuti umum, kelas akan ditangguh ke minggu seterusnya.

Anda boleh mempelajari Teori Titik Aku (Acupunture point) pada muka, masalah muka, sebab dan cara kawalan.  Di samping itu, anda juga dapat menjalani sesi praktikal mencuci wajah dari langkah awal hingga akhir. Antara langkah yang dipelajari termasuk cara mencuci, menyegar, scrubing, masking, mengurut wajah, dan cara menggunakan Guasa board dsb. Ini diikuti dengan cara solekan profesional.

Purata bilangan pelajar yang diambil pada satu-satu masa lebih kurang 5-8 orang sahaja. Oleh itu, tempat adalah terhad. Jika ruang telah penuh, anda terpaksa menunggu semester yang seterusnya. Pada akhir kelas tersebut, anda akan menerima sijil graduasi dan bergelar konsultan kecantikan.

Anda bukan sahaja dapat memperbaiki kecantikan kulit dan penampilan anda malah anda juga boleh melakukan kerja sambilan melalui rawatan wajah dan solekan. Caj yang dikenakan kepada pelanggan perlu mengambil kira kos tenaga, usaha dan kos produk Artistry yang digunakan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi whizurl di nombor 017-9396842.

You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.