Kereta Meragam Lagi...

by - December 15, 2010

Beberapa minggu yang lalu, kereta aku tunjuk perangai. Mungkin sebab sudah dua kali aku sebut-sebut pasal jual kereta ni. Orang cakap kereta pun hidup... bukan boleh makan tidur macam kita tapi memandangkan pemiliknya berkata sesuatu yang menyakitkan hati, maka mulalah dia meragam. Sama ada jangkaan atau perumpamaan dan kebetulan yang berlaku serentak setiap masa.

Sewaktu berlegar-legar di kawasan Setiawangsa, tayar sebelah kanan belakang pancit lagi. Sebelum tu tayar sebelah kiri depan yang terkena paku. Selepas tampal, yang ini pun nak kena tampal pula. Nasib baik stesen minyak tidak jauh dari Jusco AU. Maka sempatlah aku pam tayar terlebih dahulu. 10 minit dari situ, aku singgah di kedai tayar yang kelihatannya seperti sudah mahu tutup. Kalau bukan kerana rasionaliti, mahu je aku tampal dengan chewing gum. Tapi kenapa tidak boleh? Dikhuatiri tayar boleh meletup. Hm...

Sekali lagi aku bernasib baik sebab diberi peluang. Caj tampal tayar RM7 di sebelah malam. Jika sebelah siang, RM5 sahaja. Mula-mula pekerja tu letak air sabun, boleh nampak gelembung-gelembung dan buih-buih udara yang keluar dari lubang yang terkena paku tu. Dengan cara itu, kita tahu tempat mana yang kena tampal. Pekerja tadi membuat lubang yang lebih jelas dengan sejenis alat.

kepingan getah nipis untuk ditampal

Selepas itu, sekeping getah nipis ditolak masuk ke dalam lubang tayar tadi. Akhir sekali barulah angin tayar dipam sekali lagi. Dengan ini, tekanan angin yang tinggi dapat menolak getah tampal tadi menjadi sekata dengan tayar asal dan menutup lubang dengan lebih rapat. Masalah tayar pancit kiranya selesai di situ. Beberapa hari selepas itu, muncul pula masalah lain. Kali ini, bateri kereta mati.

Sedangkan belum sampai setahun lagi aku tukar bateri baru dari sel basah ke sel kering. Macam mana cepat habis aku pun x faham. Member cakap, mungkin sebab penggunaan cd player dan spotlight yang kerap, ditambah dengan bateri bersaiz kecil. Nak ku tukar tetapi belum sampai bajet. Kena sedar bila bercakap terutama bila berada di dalam kereta. Pelik tapi banyak kali dah benar...





p/s: huuuu.......

You May Also Like

1 comments

  1. dugaan...dugaan....

    kereta memang mudah merajuk kalau dia tau dia bakal di jual...;)

    ***salam kenal member RH...:D

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.