♥ ~ Petua Menegangkan Kulit Muka...♦

by - March 02, 2010

Tak sangka sungguh yang aku akan tulis entri pasal ni (hehe...). Hari Ahad yang lepas, aku jumpa kawan kat kampus UTM, sambil tunggu nak jumpa Prof pasal projek Masters, kawan aku tu sempat menurunkan ilmu dan petua menegangkan kulit muka. Katanya, memang berbaloi jika nak dibandingkan dengan rawatan wajah kat salun dan butik kecantikan yang kadangkala boleh mencecah RM70 sekali buat. Petuanya guna cara tradisional. Patutlah waktu aku jumpa dia, memang lain sungguh kulit dia (aku ingatkan dia beli compact powder baru ☺). Bukan setakat kulit dia makin cerah tapi tegang macam kena suntik botox je. Kat bawah ni resepi kecantikan dia...

Bahan-bahan : Beras, timun, limau nipis, putih telur

Cara:
1) Goreng beras sehingga sedikit kekuningan
2) Tumbuk atau blend sehingga lumat beras yang telah digoreng tadi
3) Tumbuk atau blend timun
4) Perah air limau nipis ke dalam bahan-bahan di atas
5) Gaulkan bersama putih telur (banyak mana putih telur ni, bergantung pada tahap ketegangan kulit yang kita nak)
6) Sapu dan gosok halus pada muka
7) Tinggalkan selama beberapa minit kat muka (buat macam masker)

Lepas tu...jeng3x!

Sebenarnya aku baru nak buat hari ini sebab semalam baru aku sempat beli alu lesung (mahal siot... RM16.50 satu. kalau kat Giant, RM20.50) dan limau nipis. Hari ini aku akan mula praktikkan petua kawan aku ni.




You May Also Like

10 comments

  1. lynn, bagus petua ni. so kena pakai hari2 siang malam ke? macamana kesan muka u sekarang? ni kena letak gambo before and afterlah baru best.

    ReplyDelete
  2. @Anonymous, saya x pernah miss guna cara tradisional ni. Pakai 2 hari sekali je sebab boleh guna as scrub, masker & cleanser at one time (3 in 1). xde gmbr nk letak tp boleh dikatakan parut chicken pox pn dh ilang.

    ReplyDelete
  3. Boleh buat banyak2 dan simpan dalam peti ais tak?

    ReplyDelete
  4. @Anonymous, boleh buat banyak & simpan dlm peti ais tp tidak digalakkan simpan lama kerana bahab-bahan yang digunakan fresh seperti mentimun ;)

    ReplyDelete
  5. brape lama nak tengok effect result nya???

    ReplyDelete
  6. Anonymous, kalau pakai sekali takkan jadi terus... kena consistent. tp sy skrg ikuti kelas kecantikan. sila baca entri sy psl rawatan wajah guna produk Artistry.

    ReplyDelete
  7. gorang beras 2 pki mnyk x?? hihihi

    ReplyDelete
  8. petua ni boleh diamalkan tak kalau jenis kulit kering mcm saya ni? saya nk buat facial la, ade suggestion tak kt mn yg ok?

    ReplyDelete
  9. Anonymous, ni petua org tua2. kalau selalu sgt takut kulit menggelupas.

    saya cadangkan set artistry essential (hydrating)... sebenarnya saya pn ada sediakan rawatan menggunakan set artistry ni... tp sekarang saya pregnant & dh dekat due plk.

    sy x berani nak syorkan mana2 tpt. dh banyak jg pusat rawatan yg saya pergi.. saya pernah try yg guna local brand & dr murad tp lepastu kulit saya rasa cm terbakar.. skrg ni sy buat sendiri je kt rumah...

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.