Mutiara Kata 1

by - March 27, 2010

Ada satu cerita.

1 ibu dan 1 anak kecil di rumah pada suatu petang.
Si anak sedang bermain-main dan si ibu sedang menyulam.
Si anak pun pergi mendekati si ibu “ibu, ibu buat apa ni. hodohnya… banyaknya benang”. Si anak ingin tahu kerana dilihatnya benang2 semua berserabut.
Si ibu membalas, “ibu sedang menyulam. takpelah anakku, pergilah bermain. Ibu nak siapkan kerja sikit ni.”
Si anak pun terus bermain.

Kemudian si anak kembali mendekati si ibu lepas penat bermain “ibu, ibu buat apa ni. hodohnya… banyaknya benang”. Si anak masih ingin tahu.
Si ibu membalas lagi, “ibu sedang menyulam. takpelah anakku, pergilah bermain. Ibu nak siapkan kerja sikit lagi ni.”
Sehinggalah siap kerja si ibu, dia terus membentangkan sulamannya.
Si anak terkejut “ibu, cantiknya, ada pokok, bunga warna-warni. Ibu beli kat mana ni?”
“ibu tak beli anakku, ini ibu buat sendiri…”

Moral cerita di atas ni, begitulah kita melihat kehidupan. Seperti anak-anak kecil yang sedang bermain. Melihat kehidupan kita tidak seperti yang diimpikan, sedangkan Allah SWT telah menentukan takdir kehidupan kita dengan sempurna.

Oleh itu, terimalah ketentuan Allah S.W.T. walaupun kadangkala ia menyakitkan kerana kesudahannya pasti banyak rahmat yang tidak kita sedari.

Nasihat ini untukku jua. Salam~




You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.