*+_+* Rasa Macam Nak Gelak Kuat-Kuat ~ Geli Hati Den !

by - March 05, 2010

Memang nyaman rasanya bila masuk hari Jumaat. Bertambah aman sebaik sahaja balik dari tempat kerja. Seperti biasa, sebaik sahaja sampai ke rumah, aku bersenam dengan menggunakan stepper. Stepper yang aku gunakan dibeli di Jusco Alpha Angle dengan harga RM300++ beberapa bulan yang lalu. Berdasarkan kenyataan sains, senaman boleh menghilangkan tekanan. Ini memang benar, aku tidak pandai menggunakan bahasa sains dan teknologi, namun berdasarkan pengalaman, memang aku boleh tersenyum lebar selepas bersenam 20 ke 25 minit setiap hari. Sejurus itu, diikuti pula mandi dengan air sejuk...

Ingin dijadikan cerita, sebenarnya entri ini bukan mengenai Stepper dan kegunaannya, tetapi aku ingin berkongsi macam mana aku rasa geli hati (rasanya seperti digeletek , hehe). Malam ini, sedang aku menikmati cerita di saluran HBO Movie, Astro, tiba-tiba tunangku telefon menyatakan kebimbangannya mengenai majlis kahwin kami pada bulan Jun nanti.

"Macamana ya, saya risau memikirkan majlis kahwin kita nanti".

Aku pasti dia perasan yang aku telah lama bimbang terlebih dahulu daripadanya. Namun, kerisauan aku tidak dihiraukan langsung. Kami tidak seperti pasangan lain yang merancang bersama semenjak awal lagi. Disebabkan responnya yang pasif, lama-kelamaan, aku rasa malas ingin memikirkan tentang perkahwinan kami. Aku mula tidak kisah lagi. Perkara yang paling berjaya aku sempurnakan setakat ini hanyalah kursus kahwin.

So, he wants to discuss, let him be... Tetapi aku belajar mengikuti rentaknya. Masa aku mula sibuk dengan projek yang bertimbun-timbun di pejabat, ditambah lagi dengan bos yang sentiasa menyuruhku  outstation, projek Masters dan tesis yang tidak pernah siap, peperiksaan akhir (perlukah aku menyenaraikan semuanya?). Sebenarnya aku seperti tiada masa untuk melayan isu kahwin. Kenapa awal-awal masa aku bersemangat untuk berbincang, semua orang tidak menyokongku? Aku telah cuba berbincang dengan famili dan tunang tentang majlis semenjak Disember tahun lepas.

"Ala, nikah bulan 6 kan? Lambat lagi...."

Kira-kira, around 6 months juga aku keseorangan dalam hal ini, tetapi baru sekarang mereka mula menyusahkan aku. Sepatutnya mereka memahami keadaan aku dan lagipun telahku beritahu awal-awal lagi jadual kesibukan aku selepas bulan Mac. Seperti biasalah, lumrah dunia sekarang, ramai orang yang  lebih pentingkan diri sendiri. So, apa yang akan terjadi selepas ini? Jika ditakdirkan aku ada mood dan masa, akanku berusaha memuaskan hati semua pihak (bosan melanda).




You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.