My Mini Sewing Machine. WS Large Tote.

by - January 14, 2016

Semakin umur bertambah, hobi aku semakin bertumpu pada aktiviti yang physically inactive. I need to sew at least once a week... kalau tak menjahit, rasa macam boringnye hidup nie. Not to say takde bende nak buat sangat tapi nak kene ada aktiviti berguna kat rumah selain dari home chores and taking care of my kids.

Teringat la masa mula-mula beli mesin jahit few years back... dengan bajet around RM300 je, aku dapat beli mesin jahit yang takde jenama online... teringin nak beli mesin jahit Jenome, Brothers, Singer, tapi tak mampu. Tengok orang lain siap beli mesin jahit tepi bagai... kecur air liur (huhu..)

So, dengan mesin jahit cap ayam ni la aku stat menjahit... nak kembangkan minat aku pastu aku terfikir why not I extend it to a small business? just a small action comes from a great mind... Bila barang-barang tak terjual takde la rasa cam nak marah sangat sebab takde orang paksa and it just a hobby to facilitate my free time at home kan...

Bila sales increase and revenue dah makin banyak, nak jugak tukar mesin jahit yang lebih canggih tp rupa-rupanya banyak lagi bende nak kene fikir. Dengan pendapatan sampingan ni lah aku kene guna untuk pendaftaran anak masuk sekolah, parents sakit dsb... downturn in life banyak dan kene la redha... ujian dari Allah SWT...

Semalam aku pandang lagi mesin jahit aku tu... ada yang patah...especially kat thread/bobbin holder die. Maybe anak-anak main lasak sangat sampai melantun ke dalam bilik keje umi. Macamana pun, last week, aku sempat la jahit 1 large tote daripada corak kain yang dah lama aku berkenan. Siap lining guna matching cotton kat sebelah dalam....

Haa.... beg ni tak dijual dalam online shop aku, Whizurl's Shop tapi kat mobile application, Carousell listing. Fyi, aku sekarang nie lebih aktif list barang kat Carousell compared to other platform sebab senang sangat nak SNAP - CHAT - SELL. Check out my listing under profile name, "azlindaml". Tak pun, fill-in je Contact Form kat blog footer bawah nie.

In the next blog post, aku nak bagi korang snapshot mesin jahit yang banyak berjasa kat aku....



You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.