Penjaga Kunci

by - October 08, 2014

Harini nak je berceloteh lam bahasa ibunda. Selama ni asyik-asyik ngn bahasa mat saleh. Walaupun dah tak bukak kamus terjemahan BM-Eng, tapi lama-lama rasa cam melayu celup dah. 

Baru beberapa hari lepas, kita merayakan Aidiladha...So, selamat hari raya haji pada semua muslim kat Tanah Melayu ni. 2-3 hari makan rendang, lemang, nasi lemak, lontong dan pelbagai lagi membuatkan aku lupa hal diet sihat.


Mulai esok, aku kene bayar balik puasa aku selama beranak dua ni. Bukan setakat diet sihat...ni dah jadi diet mesti (>-<). Sambil tu, boleh la aku fokus balik kat hobi menjahit dan kraf yang aku lupakan sebab banyak sangat pandang makanan. 

Sebelum bercuti kat rumah mertua 5 hari lepas, aku sempat la siapkan tempat letak kunci yang comel. Bukan main berpeluh aku jahit tu ditambah ngan bilik kerja yang takde kipas. Jarang aku nampak bende ni dijual, bukan senang nak jumpa beb... tu yang aku bersemangat nak jahit dan tambah stok kat online shop tu...

Sekarang baru sempat nak tempek gambar penjaga kunci comel ni...


 

Kalau nak tahu details dengan lebih lagi, sila lawati WS Keys Keeper. Sebenarnya aku dah lama update ciptaan aku ni kat instagram, twitter, google+, fb page.... seperti biasa, blog ni le yang aku paling malas nak update sebab kene mengadap laptop. Mau lenguh tangan kalau nak guna henpon je...

Kalau berminat follow aku kat instagram, check out ig: WhizurlShop



You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.