Pengurusan Tidak Teratur PAI-PP

by - November 14, 2010

Di sini aku ingin bercerita mengenai perkhidmatan PAI-PP, singkatan bagi Pejabat Agama Islam Pasir Puteh, Kelantan. Pada Jun tahun ini, tanggal 13hb, aku telah melangsungkan pernikahan di mukim Pasir Puteh. Sehari sebelum bernikah, aku dan bakal telah mengemukakan dokumen-dokumen penting ke pejabat selengkapnya termasuklah 2 keping gambar pasport untuk kad nikah.

Seminggu yang lepas aku pulang ke kampung dengan tujuan mengambil kad nikah yang dijangkakan telah siap. Apabila tiba di kaunter...

"Cik, saya nak ambil kad nikah"

"Jap ye dik"

Beberapa lama kemudian...

"Dik, gambar passport dah hantar ke?"

"Sudah, kak"

"Takde ni.....", dia menyambung lagi, "Haritu borang hantar kat sini ke kat tok imam?"

"Kat sini..."

"Try check dengan tok imam. Kadang-kadang, tok imam terlupa letak sebab banyak sangat permohonan kahwin. Sijil tetap pun kami tak boleh keluarkan selagi takde gambar pasport."

Sambil membebel kecil, aku melangkah keluar.

Si suami dah melenting dalam telefon. 

Mak kata, "Takpe, kita pergi periksa dengan tok imam".

Sesampai di masjid, tok imam menjemput kami ke dalam pejabatnya.

"Saya memang tak simpan borang dan gambar lama-lama. Selepas akad nikah, pada hari yang sama, saya terus hantar ke PAIPP. Gambar pun saya kepilkan bersama dengan borang. Mustahil hilang begitu sahaja.", katanya.

"Kecuali PAIPP yang leraikan borang dan gambar. Di PAIPP, biasanya gambar-gambar pemohon dicampak ke dalam bakul. Bila hendak diproses barulah mereka selongkar. Ini disebabkan terlalu banyak permohonan nikah dalam sehari. Seeloknya awak hantar gambar baru ke PAIPP", tambahnya lagi. 

Nak buat camana...berlenggang kangkung aku pulang hari itu. Mak pula cuba menghubungi kawan lama di PAIPP...

"Takpe, saya cuba cari dulu", ujarnya menenangkan kami.

Keesokan harinya, dia menelefon balik dan menasihatkan kami menghantar gambar baru. Si suami melenting juga. Nasib dia tidak pulang bersama, jika tidak sudah pasti ada yang dimaki hamun.

p/s 1: bila pengurusan tidak teratur, beginilah jadinya.... lol...

p/s 2: Seorang pakcik dalam lingkungan 60-an menghantar permohonan nikah di kaunter sewaktu aku di PAIPP. 

Staf di kaunter bertanya,"Guano nih, demo nikoh pulok ko?"

"Erm, nikoh pulok weih ambo."

"Ho, molek la tuh..."

You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.