Manglish vs English

by - November 19, 2010

Hari ini dalam sejarah... Aku teringin menyelesaikan isu yang membelenggu hariku. Teringat pada trip ke Phuket Januari ni, maka teringatlah aku pada isu penginapan. Lupa pula yang aku belum membuat sebarang penempahan. Sebenarnya, makin lambat penempahan dibuat, makin tinggilah harga promosi yang tinggal. Tengahari tadi, aku sempat menempah Samkong’s Place untuk penginapan selama 4 hari 3 malam di Phuket, Thailand. Nak diceritakan sesuatu yang menarik, Asiarooms.com menawarkan 2 jenis cara penempahan iaitu melalui dalam talian, on-line atau melalui panggilan telefon ke pusat khidmat pelanggannya. Aku melihat pada skrin komputer...

“03-62074419... senanglah macam ni, nombor KL rupanya...” bisikku.

Sepantas itu juga jariku mendail nombor tersebut...

Rupa-rupanya, mamat London yang menjawab. Bukan setakat tergeliat lidah tapi tak paham sepatah haram. Boleh dikatakan berkerut kening aku cuba memahami....memang slang UK betul. Malu je aku.... Yelah, aku guna bahasa Inggeris kopitiam ;) Disebabkan penat mendengar dan terlalu mencuba untuk faham,

“Never mind, I’ll book via online. Thank you so much”.

Moral sejarah malu kecil ini adalah sila berlatih dengar dan faham omputih bercakap dulu...


p/s: Lol.... (^-^)

You May Also Like

1 comments

  1. hahaha..
    patutnya kau cakap kat mamat tu
    "you should improve your english, i cannot understand sepatah haram u see"
    Hahaha...

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.