Kenangan Buah Ara

by - November 14, 2010

Masa kecik-kecik dulu, kat depan rumah mak ada sepohon pokok Ara. Masa tu aku memang suka panjat pokok. Dahan pokok ara ni rendang, sekejap je panjat, aku dah sampai ujung dahan. Bukan sahaja dahan-dahannya yang merendang, dedaun pokok ara juga rimbun dan menjadi tempat berteduh yang nyaman. Dahan-dahannya yang besar sesuai sangat untuk menampung berat badan aku waktu tu.

Memang kalau dah namanya kanak-kanak riang, aku gemar sahaja memakan apa-apa yang sedap. Arwah nenek cakap, buah ara yang masak memang ranum dan sedap dimakan. Seingat aku, pantang ada buah yang masak, aku dan adik berebut nak makan. Buah ara ni bagi yang masak, warnanya ungu kemerahan. Lemak manis rasanya... lembut dan senang dimakan pula. Mak membiarkan sahaja kami adik-beradik bermain panjat-panjat sambil mengutip buah ara. Pokok ni kalau berbuah rendahnya dari paras lutut ke bawah. 

Oleh itu, tiap-tiap hari selepas kelas fardhu-ain, atau pulang dari sekolah, aku berlari-lari ke pokok ara yang satu tu, Sehinggalah pada suatu hari abah mengambil keputusan untuk menebang pokok ara. Kata mak, pokok tu dah tua. Lagipun, abah bercadang menambak tanah untuk dibuat tempat letak kereta.

Sekarang, bila dah dewasa, aku teringat-ingat kembali pada pokok ara di depan rumah mak dan seronoknya masa dulu-dulu. Nak cari pokok ara memang dah susah terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur ni. Setiap kali aku singgah di Kelantan, memang tidak pernah ku jumpa lagi pohon ara.

Hari itu, aku sempat pulang ke kampung dan ke pasar besar. Aku ternampak seorang penjual di kaki lima sedang menjual buah yang aku agak kenal...

"Buah apa ni pakcik?"

"Buah ara ni..."

"Saya ambil satu boleh?"

"Beli satu kilo terus la dik..."

"Takpelah pakcik, saya sebenarnya nak buat kenangan je..."

"Ambillah..."

Masa tu, mak pandang aku semacam. Penjual buah ara tu pun kelihatan hairan dengan aku.

Mak kata, buah ara putik yang belum ranum/ masak sedap dimakan jika ditambah ke dalam gulai daging. Baru ku tahu kegunaan buah ara ;)



p/s: merindui masa lampau.... ( ^-^ )

You May Also Like

2 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.