"Ibu, Aku Pulang"

by - September 28, 2010

Tahun ni sahaja, dah banyak kali aku ke sana ke mari, apply cuti berbayar dan tidak berbayar dari pejabat. Memang la memenatkan bila banyak perkara yang perlu diuruskan. Banyak kali itulah aku terpaksa mengajak teman untuk berjalan jauh. Berjalan kat sini bukan bermaksud jalan kaki tapi melalui perjalanan jauh dengan kereta sehingga 6 hingga 15 jam lamanya terutamanya di hujung minggu dan musim perayaan.

Aku nak meluahkan perasaan respect aku kat penunggang-penunggang motosikal yang sanggup meredah trafik untuk balik kampung, sama ada musim cuti, raya, mahupun hujung minggu. Biasanya bani Adam lah yang konvoi dengan kawan-kawan untuk balik kampung. Kadang-kadang tu ada yang balik seorang diri. Beg tak ada lah besar sangat. Mungkin buah tangan untuk keluarga atau sehelai dua t-shirt.

Tapi yang membuat aku rasa respect teramat, mereka sanggup meredah hujan ribut dan berpanas untuk pulang ke kampung. Besar pahala mereka ni berbanding kita yang menaiki kereta, tren, bas mahupun kapal terbang kerana usaha mereka lebih besar berbanding kita dari segi fizikal dan mental. Ini boleh disamakan dengan usaha murni orang yang berjalan kaki ke masjid cuma dalam kes ini, mereka pulang ke kampung dengan harapan murni iaitu bertemu ibu dan keluarga tercinta.

Setiap kali aku melintasi mereka, hatiku terdetik yang mungkin mereka tidak lekang membisikkan kata-kata semangat;

"Ibu, aku pulang"

"Aku nak balik berbuka dengan masakan ibu"

"Ibu sedang menunggu aku di rumah, aku mesti selamat sampai"

"Adik-adik aku sedang menunggu buah tangan daripadaku"

"Mungkinkah ayah sedang menungguku di laman?"

"Sudah lama aku tidak melihat ibu"

"Bagaimanakah rupa adikku sekarang?"


Bangganya aku jika anak aku berhempas pulas untuk pulang ke kampung. Sejuk perut ibu mengandung anak-anak macam ini. Untuk mereka yang selalu ulang-alik ke kampung dengan motosikal dan patuh undang-undang jalan raya, aku memberi salam tabik hormat ;).

You May Also Like

1 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.