Bila Anak Orang Kaya Memandu, Orang Biasa Yang Kena Saman!

by - September 29, 2010




Kisah yang nak dipaparkan ni berlaku semalam, lebih kurang pada pukul 4.07 petang. Perasaan seronok lepas jumpa kawan di Universiti Malaya rupanya sekejap sahaja. Mungkin disebabkan ‘ketidakberkatan’ meninggalkan pejabat pada hari-hari terakhir, sewaktu dalam perjalanan balik ke pejabat, aku berlanggar dengan sebuah kereta impian iaitu Naza Forte putih. Dari Jalan Wan Kadir 3 aku ingin membelok ke Jalan Wan Kadir di Taman Tun Dr Ismail, berdekatan dengan Pasar Besar TTDI. Kereta tu datang dari arah kanan. Sewaktu aku ingin membelok, memang aku ada melihat ke kiri, kanan dan memberikan signal. Bukannya laju pun pecutan aku masa tu, dalam 20m/s je. Oleh kerana banyak kereta di bahagian tepi jalan yang meletak kereta secara haram, ditambah pula dengan tahap ‘kerendahan’ aku yang sedia ada, aku tidak nampak kereta dari arah kanan walaupun telah dijenguk-jenguk. Jalan Wan Kadir pun bukanlah panjang sangat, jika ada kereta yang laju membelok masuk, aku tidak perasan. Dua ke tiga kereta dari kiri pula tidak memberi jalan kepada aku walaupun aku berada di tengah-tengah jalan masa tu. Aku mahu je undur ke belakang tetapi ada kereta di belakang aku. Aku baru tengok ke kiri tiba-tiba terasa seperti dilanggar. Ini terjadi dalam masa lebih kurang 2 saat dan aku tidak sedar telah dilanggar. Memang pemandu tu tidak bagi muka langsung kat aku dan tidak sabar sehingga dia sanggup melanggar aku. Padahal aku tengok dia bukanlah laju sangat pun.


Aku menggigil bukan sebab ketakutan tetapi marah dengan pemandu dengan pelekat  'P' tu yang kelihatan seperti baru habis sekolah menengah. Dia tidak bercakap sepatah pun denganku sebaik sahaja kami berhenti di bahu jalan. Rupa-rupanya dia menelefon daddynya secepat mungkin. Daddynya tiba beberapa minit kemudian dengan BMW latest series bewarna putih dan seorang pemandu Melayu. Tak semena-mena aku dimarahi ayahnya sedangkan dia tidak pun berada di tempat kejadian pada masa tu. Katanya aku yang salah kerana berada di simpang dan masuk ke jalan utama tanpa berhenti. Padahal memang aku ada berhenti. Nak dipendekkan cerita, aku minta teman dan abang ipar datang menyelesaikan masalah tu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaporkan perkara ini ke pihak polis. Sesampainya di kaunter laporan kemalangan, aku diketawakan oleh pegawai tersebut. Katanya, walaupun pemandu kereta di jalan utama kurang ajar dan sewaktu dengannya, sekiranya berlaku kemalangan, kereta dari simpang yang wajib disaman. Ini disebabkan telah termaktub di dalam undang-undang jalanraya. Walaupun aku telah mengikut protokol dan rajin memberikan signal, pemandu di jalan utama yang mendapat imuniti terlebih dahulu. Maka, aku telah disaman RM300 dan pemandu 'anak daddy' tu dapat claim insurans kereta aku. Disebalik cerita ini, aku ketahui yang pemandu tersebut anak orang berada, baru berpengalaman memandu selama sebulan lebih dan amat disayangi ayahnya macam daddy’s pet walaupun dia seorang lelaki yang pada asalnya nampak macho.



(The driver: Arvind, 012-3186500)


“You should stop at the stop sign!”

“Yes, I did”

“No, you only say that”

“How can you know? You are not at the scene!”

“Let us not shout at her, it’ll cause her panic because she’s alone”

“I know you are wrong because you are not at the main road”

“You did not listen to the whole story, how can you shout at me that I’m wrong?”

“You didn’t watch you son’s drive just now, how can you know he’s driving perfectly 100 per cent?”

“Do you learn physics? If yes, you should know whose fault by looking at the damages.”

“We should take this to police. We don’t have the money to settle it one by one.”


Bla-bla….



Moralnya, rich people always win. “The rich gets richer and the poor gets poorer”. Seseorang patut lakukan perubahan besar ke atas undang-undang jalanraya di Malaysia ni bermula dengan kajian mendalam dan survey terperinci ke atas pengguna-pengguna jalanraya.


p/s: Memang sakit hati.

You May Also Like

1 comments

  1. Salam.

    Pada pendapat saya,ada kemungkinan mungkin memang betul anda bersalah kalau kereta di jalan besar tu datang dari arah kanan.Kalau kereta di jalan besar tu datang dari kiri(dari belakang/bontot) barulah anda yang betul.Cuma saya rasa sebab yang berlanggar sekali tu orang kaya lagi2 berlagak sebab tu rasa geram dan benci.Saya rasa kalau budak tu berhenti tepi jalan,keluar kereta sama2 minta maaf dan bagi keterangan elok2 macam mana boleh berlanggar takla rase panas pun even saudara yang bersalah dan perlu bayar.Masalahnya budak tu tak buat macam tu,lepas tu pulak nampak terus parent pergi manjakan sangat anak seorang ni.

    P/S:Patutnya lepas kat balai tu,mintakla doa apa2 encik,orang kata doa orang teraniaya ni jauh lebih makbul dari doa orang kebiasaan.

    ReplyDelete

Please write your comment and thoughts peacefully.