( * - * ) Kawanku Seorang Kekasih Gelap...

by - June 29, 2010



Inginku bercerita di jurnal ini mengenai seorang sahabat. Aku tidak berani memberikan pandangan terbuka terhadapnya kerana bimbang perempuan lain yang senasib dengannya tersinggung. Sahabat ini aku kenali semenjak dari pertengahan tahun 2007, iaitu sewaktu aku mula bekerja di Golden Triangle, Kuala Lumpur.

Pada mulanya aku agak tertarik dengan perwatakan dia yang sentiasa cergas dan menarik di tempat kerja tanpa mengira masa. Dari luarannya seolah-olah dia belum pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak. Beberapa bulan kemudian, aku dan rakan-rakan sekerja yang lain mengetahui perkara sebenar. Rupa-rupanya sahabatku ini merupakan seorang janda beranak satu.

Lebih menyedihkan, apabila dia membuka rahsia mempunyai seorang kekasih hati yang merupakan suami orang. Dia sendiri yang berterus terang denganku semenjak persahabatan kami semakin rapat. Kekasihnya memberikan duit belanja beribu ringgit setiap bulan kepada sahabatku selama lebih lima tahun tanpa diketahui isterinya. Memang tidak syak lagi sahabatku merupakan kekasih gelap suami orang...

 

Suami yang nusyuz itu pula telah banyak kali berjanji dengannya untuk berkahwin di luar negeri namun, sehingga ke hari ini, janji itu belum ditepati. Perasaaanku berbelah bahagi sama ada untuk berasa kasihan atau bersedih dengan sahabatku ini. Dia tidak mampu untuk berpisah dengan kekasihnya yang dianggap sebagai tempat dia bergantung hidup.


Anaknya yang kini masih belajar di sekolah rendah amat memerlukan seorang ayah yang bertanggungjawab. Aku tidak pasti selama mana sahabatku sanggup bertahan bergelumang dengan dosa. Aku sebagai seorang saudara se-Islam dan insan biasa hanya sanggup menasihati yang terbaik dan mendoakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

Semoga ٲﺨﺘﯽ beroleh petunjuk dari Allah SWT dan melupakan lelaki ini untuk mendapatkan yang lebih baik. Sesungguhnya “kehidupan dunia tiada lain hanya kesenangan yang menipu daya” ~ Ali-Imran:185.


Ref/Ruj:

[1] ٲﺨﺘﯽ Ukhti = kawan/ saudara perempuanku @ my female friend/ sister
[2] The Last Mistress (2007). Film Listings - AustinChronicle. Directed by Catherine Breillat. Web. Retrieved on June 29, 2010. url: http://www.austinchronicle.com/gyrobase...3A660173
[3] Schooner Mistress (1930). Mistress's name has been carved into place either side - midship. Web. Retrieved on June 29, 2010. filepath: 1930schoonermistress.com/yahoo_s...3513.txt
[4] Mistress Phenomenon - Windows Live. The "mistress phenomenon" means keeping a second wife outside. Web. Retrieved on June 29, 2010. filepath: sevencastles.spaces.live.com/blo...81.entry
 

You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.