Prosedur Nikah di Pasir Puteh, Kelantan (Jika Pasangan Berasal Dari Luar Negeri)

by - May 12, 2010

Hari ini aku ingin berkongsi sesuatu yang berguna iaitu prosedur pernikahan di jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Tapi ini jika pasangan kamu berasal dari negeri lain.

^ Dapatkan borang kebenaran nikah yang telah siap dari pasangan.

^ Pergi ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh dan dapatkan checklist dari kaunter. Ini adalah untuk menyediakan dokumen2 yang diperlukan, iaitu :

1) Salinan kad pengenalan pemohon perempuan (2)
2) Salinan kad pengenalan wali perempuan (2)
3) Sijil Pra-perkahwinan pemohon perempuan (asal dan satu salinan)
4) Salinan kad pengenalan pasangan (2)
5) Borang kebenaran nikah yang telah siap dari pasangan (asal)
6) Borang pemeriksaan HIV (asal dan satu salinan)

^ Dapatkan borang kebenaran nikah dari tok imam.

^ Isi dan dapatkan tandatangan wali pada borang tersebut.

^ Sertakan bersama dengan dokumen (1) - (5).

^ Berjumpa dengan imam mukim Pasir Puteh di pejabatnya

^ Maklumkan imam hari, tarikh dan masa akad nikah akan dijalankan.

^ Imam akan memberitahu kesesuaian masa berdasarkan pengalaman.
Dalam kes aku, imam membenarkan masa untuk bakal pengantin perempuan berhias selama 2 jam (masa yang biasa diambil oleh mak andam) sebelum akad nikah.

^ Imam akan lakukan pengesahan dan tandatangan borang tersebut.

^ Hantar ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh beserta bayaran sebanyak RM12

^ Keesokan harinya, ambil balik borang tersebut.

Siap ;)

Informasi tambahan : Sediakan 2 keping gambar passport (latar belakang biru) dan juga 2 keping gambar passport pasangan (bersongkok dan latar belakang biru) untuk kad e-nikah. Pemohon perempuan juga perlu mendapatkan salinan IC dua orang saksi pihak perempuan yang akan hadir pada hari pernikahan. Seeloknya, saksi adalah bapa saudara pemohon. Gambar passport dan salinan IC saksi tadi perlu diserahkan pada hari tersebut.
 




You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.