Berbuat Bising Di Tempat Ibadat

by - May 14, 2010

Sedapnya buah betik dengan asam boi... Tengahari ni aku tidak berkeinginan untuk makan nasik langsung. Aku ada buat blogwalking tadi tetapi tidak pula meninggalkan apa-apa mesej. Sudah habis betik ni, aku capai pula goreng pisang. Nasib baik hari jumaat ni tidak ramai golongan lelaki ke kafeteria. Aku ke kafeteria Vads tadi, sambil membeli makanan tengahari, sungguh tidak ku sangka, ramai juga yang tidak bersembahyang jumaat. Golongan-golongan lelaki itu kelihatan amat seronok bersembang, mentelaah makanan dan menghembus asap rokok masing-masing. Aku terfikir sejenak, jika aku seorang lelaki akhir zaman, adakah aku pun akan sama berbuat dajal sedemikian rupa?

Sambil berjalan serta berfikir tentang kedajalan, dajal dan kewujudannya, aku berhenti untuk solat zuhur. Di dalam syarikat tempat aku bekerja, hanya terdapat satu surau kecil yang juga dijadikan bilik stor. Namun, aku tetap tidak menjadikannya alasan untuk tidak bersembahyang. Hari ini, begitu menyedihkan, beberapa orang pekerja senior perempuan bergelak ketawa di dalam surau tersebut menjadikan tempat tersebut makin huru-hara dan sempit. Tidak kurang juga yang membawa nasi bungkus ke dalam surau. Aku pun buat pengumuman suara secara manual yang aku ingin menunaikan solat zuhur. Maka, 2-3 orang keluar dari surau, lega sekejap rasanya. Di sebalik kelegaan aku itu, mereka sempat berbual kosong dan berbaur lucah sesama sendiri secara jerit-menjerit. Sudah pastinya mereka sudah melampaui batas, kerana sewaktu aku bersolat rakaat pertama pun mereka masih bercerita dan berjenaka dengan kuatnya. Pembesar suara tidak lagi berguna jika semua perempuan seperti mereka ini.

Hm.... apa nak buat.....



You May Also Like

0 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.