Minggu
lepas, aku tertengok rancangan Oprah Winfrey. Diskusi banyak berkisar mengenai
penjimatan wang. Mesej yang aku fahami adalah mengelak dari membayar/ membeli
barang yang tidak diperlukan terutamanya pada zaman Malaysia gawat ini. Boleh
dikatakan semua bil dikenakan cukai sekarang.
Sakit
hati bila tengok bil Astro sampai. Cukai kerajaan saja dah RM5.10 (iaitu 6%
dari jumlah bil). Tengok tv pun dah dikenakan cukai! Semalam aku bertekad membatalkan
pakej filem. It’s okay, tak tengok Astro pun tak mengapa sebab memang tak perlu
pun! At least aku still bayar untuk pakej variasi yang ada AXN 701. Aku tak
pernah tertinggal siri CSI setakat ini.
Hari
sebelum semalam pula, aku downgrade kan Pelan Celcom Broadband dari RM78 ke
RM48 sebulan. Memandangkan aku bukan blogger tegar dan internet tidak seberapa
penting, aku terus ke Celcom Blue Cube yang terletak di Wangsa Walk. “Bila si
Kaya bertambah kaya, dan si Miskin bertambah miskin”. Negara bukan lagi
mengamalkan sistem demokrasi tetapi lebih pada kapitalis...
Untuk
penjimatan berganda, aku membayangkan bekal makan tengahari dibawa dari rumah.
Jumlah perbelanjaan untuk lunch selama sehari maksimum adalah RM3.
Penjimatan:
1) Jalur Lebar Celcom
RM78 – RM48 = RM30 x 12 bulan = RM360 / tahun
2)
Astro
RM95 – RM50 = RM45 x 12 bulan = RM540 / tahun
3)
Lunch
RM3 / hari x 20 hari = RM60 / bulan
RM200 – RM60 = RM140 x 12 bulan = RM1,680 / tahun
Maka,
jumlah penjimatan:
RM360
+ RM540 + RM1,680 = RM2,580 / tahun
Insya-Allah,
akan aku amalkan mulai sekarang. Marilah sama-sama kita berjimat-cermat dan
elakkan pembaziran ;)
yup, jom ramai-ramai berjimat cermat...
ReplyDelete