Hari
ini yang tidak termaktub dalam sejarah. Aku menelefon seorang staf di jabatan
lain untuk bertanyakan tentang program dan sistem pelayan. Ini pertama kali aku
akan bercakap dengannya. Aku siap memberi salam sebab dia saudara sekaum serta
seagama. Aku terlebih dahulu bertanya dengan sopan jika dia sibuk sebelum
bertanyakan soalan.
“takpeke
kalau saya nak tanya sikit?”
“hm,
tanyalah”
“bla2x....
ya ke?”
“ya”
“Bla2x....”
“Hish,
aku sibuk ni dia pulak asyik bercakap je..”, tetiba staf tu membebel seperti
mengeluh dengan rakan sebelah.
“I
busy ni. u e-mel je lah,” Dia mencelah dengan nada tinggi waktu aku tengah
bertanyakan soalan.
Agak-agaknya,
apa perasaan aku bila dilayan sedemikian rupa?
Moralnya,
selagi bekerja memang sibuk. Masing-masing dengan tugasan sendiri dan walaupun
dia lebih lama bekerja di syarikat itu, tidak semestinya itu lesen untuk
bersikap kurang ajar dengan staf lain. Hari ini hari dia tetapi mungkin esok
lusa hari aku, siapa yang tahu?.
harus d ajar ni..isk..
ReplyDeletenak diajar tetapi masanya belum tiba. huhu~
ReplyDelete