Rahmat dan Kemenangan

by - March 14, 2011

Tetiba harini rasa macam nak bercerita kt blog. Lama x sentuh blog sbb loya tengok blog sama setiap hari. Nak upgrade tema kiut takut habis duit pula. Zaman gawat ditambah dengan ranapnya Jepun selepas Tsunami ni, memang kene ikut motto “Pay only for what you need”.

Semalam aku tak lepas peluang tengok badminton All England antara Lee C.W. dan Lin Dan. Excited bukan main rasa macam tengok action movie. Tambah pula satu family tengok sesama walaupun masa tu dah pagi (around 2 o’clock) dan semua pun kene bangun keje at 6am.

Macam biasalah, Chong Wei pandai main bola kt net, tak beza dengan adik beradik Sidek time glamer dulu. sampai kecut perut risau bola tak lepas. High smash pun simpan dalam poket macam hero filem Tamil tunggu saat-saat akhir dan bagi opponent letih baru nak smash.

Tapi tabik betul kt Dato’ C.W. sebab stamina dia memang kuat. Lin Dan pun tak kurang bagusnya. High smash pun power sebab dia dah tinggi tak payah nak lompat time smash. Cuma dia terlalu confident sampai bola pun asyik out je.

Bangga sungguh tengok Lee C.W. menjulang piala sebagai rakyat M’sia. Sambil-sambil tu bersyukur sebab Malaysia tidak berada dalam lingkaran api Pasifik.


Alhamdulillah... ;)

You May Also Like

1 comments

Please write your comment and thoughts peacefully.